23 November 2014 - 08:14
Jangan biarkan golongan pemuda terjebak dalam Takfiri

Ulama perlu berbincang tentang jalan penyelesaian untuk mengeluarkan umat dari kemelut pengganas Takfiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Makarim Syirazi dalam majlis perasmian Kongres Antarabangsa Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Islam berkata, “Sampai bila kita ingin melihat jenayah-jenayah ini?”

Tambah beliau lagi, perhimpunan ulama kali ini akan membincangkan masalah paling penting yang terjadi di dunia Islam dan memberikan nasihat bagaimana cara menyelesaikan masalah ini.

Marja’ Taqlid Syiah ini berkata, “Islam merupakan agama cinta dan kasih sayang walaupun terhadap masyakat bukan Islam. Kita hendaklah membuktikan bahawa cara tindak tanduk mereka ini terasing dari Islam, kemudian kita perlu menyelamatkan golongan muda yang sudah terpengaruh dengan mereka. Tindakan kerajaan memerangi kumpulan ini masih belum cukup, ulama Islam perlu memainkan peranan dalam mencabut akar umbi punca masalah ini.”

Ayatullah Makarim Syirazi dalam ucapan berbahasa Arab berkata, perhimpunan ulama ini mempunyai tiga misi utama, iaitu matlamat pertama ialah memaklumkan kepada dunia bahawa jenayah-jenayah Takfiri tidak ada kaitan dengan Islam. Islam sebenarnya agama cinta, rahmat dan harmoni dengan semua mazhab. Matlamat kedua ialah menyelamatkan semua golongan muda yang sudah terperangkap dengan kumpulan-kumpulan Takfiri dari api neraka. Ini disebabkan Allah (s.w.t) berfirman bahawa mereka yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja akan kekal dalam neraka buat selama-lamanya.

Matlamat ketiga ialah ulama saling bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah sehingga umat Islam dapat keluar dari situasi ini.

Kata beliau, “Kita mempunyai tiga garis bahaya, pertama menghindari berbagai masalah politik dan masalah ekstremisme agama. Kedua janganlah menceritakan masalah-masalah perselisihan mazhab walaupun satu kalimah. Bahkan yang perlu dilakukan ialah saling berganding bahu bersama rakan-rakan. Ketiga menghormati seluruh mazhab.”

Setelah itu Ayatullah Makarim Syirazi menceritakan bahaya-bahaya gerakan Takfiri dan berkata, “Malangnya jenayah Takfiri telah menjadi alasan bahawa Islam mewajarkan keganasan.”

Menyentuh tentang kumpulan ISIS yang memeperalatkan nama “Negara Islam Iraq dan Sham”, beliau berkata, “ISIS bukanlah negara, dan bukanlah Islam, namun musuh-musuh sentiasa mengulang-ulang nama ini sehingga Islam dapat dijelmakan dalam bentuk yang buruk. Hingga kini, dengan melupakan perintah al-Qur’an, mereka dapat menampilkan Islam dengan wajah yang hitam. Kita hendaklah mengenal pasti akar umbi dan sumber-sumber asal kesesatan ini. Kebanyakan para pengikut Salafi yang melakukan kekerasan perlu di kecam. Mufti Arab Saudi juga telah mengeluarkan dua fatwa. Dalam fatwa pertama dia berkata pemikiran ekstremisme dan pengganas telah melakukan kerosakan di atas muka bumi yang ianya tidak ada kaitan dengan Islam. Beliau juga secara berterus terang bahawa mereka ini adalah penghuni neraka. Dalam fatwa kedua beliau mengecem keras tindakan pengganas di hari Asyura di Ahsa dan meminta hukuman Qisas bagi penjenayah-penjenayah itu. Kedua-dua fatwa ini perlu dihargai.”

Tambah beliau lagi, “Kejahatan pelampau-pelampau hendaklah disingkkirkan dari Islam. Kita juga perlu menceritakan pandangan yang diutarakan Pope Vatikan. Saya telah menulis surat untuk beliau dan menerangkan bahawa perbuatan ini adalah haram. Janganlah anda sekadar mengharamkan serangan ke atas umat Islam, bahkan anda hendaklah mempertahankan umat Islam dan Kristian secara saksama.”

Beliau menceritakan surat yang dikirim kepada Pope Vatikan, “Pertama ialah pandangan autokrasi, golongan Takfiri secara praktikalnya memahami kitab dan sunnah terhad dalam skop mereka sendiri dan iaitu kata-kata mereka dalam pemahaman syirik, iman, bid’ah dan tawassul. Sedangkan ramai ulama besar Ahli Sunnah menentang mereka sehingga dicap sebagai kafir. Ramai juga mereka yang beramal dengan ayat suci ‘Bertanyalah kepada Ahl al-Zikr’ dan mendapatkan khidmat nasihat ulama dari berbagai negara sehingga terselamat. Kedua ialah iman terhadap beberapa ayat dan pemikiran. Ada juga yang menggunakan beberapa ayat secara zahirnya menyokong tindakan mereka, namun mereka juga meninggal ayat-ayat yang lain. Contohnya dalam argumen menafikan masalah ilmu ghaib yang mana Nabi (s.a.w) bersabda: Sekiranya kami memiliki ilmu ghaib, banyak berita yang dapat dikumpulkan. Namun mereka tidak melihat kepada ayat kursi yang menyatakan, tidak ada orang yang memiliki ilmu melainkan melainkan mereka yang dikehandaki oleh Allah, atau ayat lain yang menceritakan Nabi Isa (a.s) mempunyai ilmu ghaib. Mereka salah perhitungan dan menuduh orang yang menyucikan Nabi (s.a.w) sebagai kafir sehingga tidak ada beza lagi dengan orang kafir jahiliyah atau lebih parah dari kafir jahiliyah. Sedangkan masalah syirik dan iman amat jelas dalam ayat-ayat al-Qur’an manakala golongan muyrikin ialah mereka yang mengaku adanya sekutu bagi Allah. Kita ingin bertanya, adakah sesiapa yang menyatakan wali-wali Allah adalah musyrik? Atau mengaku wujudnya sesuatu yang setara dengan Allah? Ataupun ada yang mengaui wujudnya zat yang mirip dengan Allah? Atau juga percaya bahawa mukjizat dan keramat para wali Allah juga merupakan takdir Allah?.”

Mengulas tentang mukjizat Nabi Isa (a.s), beliau berkata, “Apakah Nabi Isa al-Masih (a.s) musyrik? Apakah sahabat beliau kafir lantaran memohon mukjizat daripada baginda? Apakah darah mereka ini halal ditumpahkan? Sekiranya golongan Takfiri wujud di zaman tersebut dan menyatakan perkara demikian terhadap al-Masih dan melakukan tindakan sesuai dengan peganyan mereka akibat tidak memahami bahawa perkara tersebut terjadi dengan izin Allah.”

Ayatullah Makarim Syirazi menjelaskan akidah sahih mengenai tauhid, “Tawassul dan syafaat terjadi hanya dengan izin Allah, manakala para wali Allah tidak mampu melakukan sesuatu tanpa izin Allah.

“Dengan kesedaran yang amat mendalam, kita ingin mengumumkan bahawa Takfiri tidak memahami al-Qu’an dan Islam. Ini disebabkan mereka tidak belajar dengan ulama sebenar dan tersalah dalam penafsiran.

“Cukuplah kita sebutkan di sini beberapa masalah dengan hati terluka. Padahal kita juga sedang mencari rawatan yang sesuah supaya pemikiran yang menjadi dalang bagi seluruh maslaah dapat ditangani dan umat Islam dapat disatukan.

“Al-Qur’an menghukum orang yang memecah belahkan umat sebagai salah satu cabang syirik. Tahun ini harus dinamakan sebagai tahun yang kosong dari keganasan. Namun kita melihat banyak darah yang ditumpahkan, harta dan maruah rakyat telah dirampas. Namun negara-negara Barat dan Arab hanya mencukupkan jalan penyelesaian dengan kekuatan tentera sedangkan tindakan ini belum mencukupi. Mereka perlu mencabut akar umbinya.

Di akhir ucapan Ayatullah Makarim Syirazi menerangkan tindakan susulan bagi mencabut akar umbi ini hendaklah di amalkan dan mengusulkan kongres ini dilangsungkan di salah satu pusat ilmu Islam. Yayasan-yayasan besar Islam dan para ulama akan menyertai kongres ini sehingga penyelesaian bagi akar umbi Takfiri dapat diselidiki.